Friday, March 23, 2007

Falsafah Kejadian Manusia Mengikut Pandangan Barat


Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :
semulajadi berdosa, tabula rasa dan “innate goodness”
Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada dosa tersebut.
Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti “Blank blanket” keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep “innate goodness”. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

Kejadian Manusia berdasarkan sumber Al-Quran





Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of the Foetus”.
Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”
Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.

“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”
Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”
Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.

Sunday, March 11, 2007

Kejadian manusia mengikut Barat






Teori Darwin
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

Kejadian manusia mengikut Islam




ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI ATAS MUKA BUMI

Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA
• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.
• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.