Friday, March 23, 2007

Falsafah Kejadian Manusia Mengikut Pandangan Barat


Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :
semulajadi berdosa, tabula rasa dan “innate goodness”
Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada dosa tersebut.
Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti “Blank blanket” keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep “innate goodness”. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

Kejadian Manusia berdasarkan sumber Al-Quran





Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of the Foetus”.
Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”
Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.

“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”
Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”
Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.