Monday, April 2, 2007

Pengenalan

MANUSIA DAN AGAMA

BAGAIMANA ALAM INI BERMULA

Alam adalah sebuah keajaiban dan banyak misteri. Cuba anda renung dan fikirkan. Diri anda, langit, bumi dan alam. Dapatkah akal memberi jawapan tentang kehidupan. Tentang bagaimana manusia datang, apakah tujuan sebenar kehidupan manusia dan ke manakah akhirnya perjalanan kehidupan manusia itu.

UNSUR-UNSUR KEJADIAN MANUSIA

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

Sunday, April 1, 2007

Isu-isu Semasa

Kemiskinan Dorong Ibubapa Jual Anak
http://www.bharian.com.my/Sunday/Dunia/20070401102335/Article/index_html

Penyelidik Gamat Antara lima Tokoh Maulidur Rasul 2007
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_o2.htm

Uji Minda

Soalan Objektif

1. Menurut Teori Darwin, manusia wujud disebabkan proses____________.
a) persenyawaan
b) adaptasi
c) evolusi
d) literasi

2. Gabungan manusia dengan kera disebut sebagai
a) Antrophus erectus
b) Pithecus erectus
c) Cantrophus Pithecus
d) Pithecantrophus erectus

3. Manusia pada hasil penemuan Darwin, otaknya sebesar__________.
a) 500cc
b) 1000cc
c) 1500cc
d) 2000cc

4. Falsafah kejadian manusia mengikut pandangan barat berasaskan konsep___________.
a) semulajadi berdosa
b) innate goodness
c) tabula rasa
d) semua di atas

5.Konsep "innate goodness" ialah
a) kanak-kanak dilahir berdosa dan kejahatan.
b) kank-kank dilahir dengan mempunyai keperibadian tersendiri.
c) kanak-kanak dilahir dengan keadaan sedia baik.
d) kanak-kanak dilahir lalu memerlukan asuhan ibubapa.

6. Siapakah yang memperkenalkan konsep tabula rasa?
a) Eric H. Erickson
b) John Locke
c) Jean-Jacques Rousseau
d) Hobbes

7. Pada tahun berapakah fosil manusia kera dijumpai?
a) 1891
b) 1986
c) 1781
d) 1890

8. Menurut John Locke, kanak-kanak diibaratkan seperti_______________keperibadian terbentuk daripada pengalaman.
a) white cloth
b) white attitude
c) blank basket
d) blank blanket

9. Tulang-temulang di dalam rahim dikenali sebagai________________.
a) mudghah
b) alaqah
c) idzam
d) lahman

10. Alaqah merujuk kepada______________.
a) tulang- belulang
b) sepotong daging
c) bentuk embrio
d) permulaan pembentukan tulang

11. Selaras dengan perkembangan embriologi, mulanya tulang membentuk tulang rawan dan kemudian otot. Iannya terbentuk melalui____________________.
a) somites
b) mosoderma somatic
c) cartilage
d) fetus

12.Anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibubapa terserah kepada mereka untuk menentukan identiti anaknya.Teori ini adalah menurut Islam. Perkara ini merujuk persamaan dari segi teori barat__________________.
a) semulajadi berdosa
b) blank blanket
c) peranan ibubapa
d) innate goodness

13. Adam merupakan manusia ciptaan yang pertama dan dijadikan dari sari pati tanah. Manakala Hawa, wanita pertama yang dicipta daripada_______________.
a) tanah
b) tulang rusuk kiri Adam
c) tulang rusuk kanan Adam
d) percantuman sperma dan ovum

14. Makna perkataan khalifah merujuk kepada________________.
a) pengikut
b) pemimpin
c) jujur
d) pemerintah

15. Manusia terbentuk daripada unsur-unsur___________________.
a) mind
b) spiritual
c) body
d) semua di atas

16. Embrio terbentuk secara berperingkat yang dikenali sebagai "___ kegelapan" dalam surah Az-Zumah ayat 6.
a) 1
b) 3
c) 5
d) 7

17. Pada hari ke7 hingga hari ke24, bentuk embrio akan bergantung pada______________ macam seekor pacat.
a) dinding amniochorionic
b) uterus
c) dinding abdomen
d) edometrium uterus

18. Embrio manusia pada minggu ke___ akan kelihatan seperti kunyahan disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi.
a) 4
b) 5
c) 6
d) 7

19. Kelebihan manusia berbanding haiwan lain ialah manusia mempunyai_____________.
a) kemampuan berfikir dengan akal
b) kemampuan menggunakan otak
c) kemampuan meluahkan perasaan
d) kamampuan bercakap

20. Berikut adalah falsafah kejadian manusia mengikut al-Quran kecuali?
a) manusia adalah sebaik-baik kejadian.
b) setiap manusia diadili dan akan menerima pembalasan di akhirat.
c) manusia mengalami perubahan evolusi dari binatang iaitu kera.
d) manusia mempunyai nasib tersendiri.

21. 2 musuh utama manusia ialah____________dan_____________.
i) makanan
ii) binatang
iii) syaitan
iv)hawa nafsu

a) i & ii
b) ii & iii
c) i & iv
d) iii & iv

22. Isu yang berkaitan dengan jangka hayat manusia ialah________________________.
i) kesihatan dan kesejahteraan
ii) umur dan rupa
iii) pendidikan dan keibubapaan
iv) persekitaran sosio budaya dan posisi sosial

a) i,ii & iii
b) ii, iii & iv
c) i, ii & iv
d) i, iii & iv

23. John Locke menyatakan kank-kanak seperti kain putih. Keperibadian anak yang dilahirkan itu terbentuk daripada______________.
a) pengalaman
b) pembelajaran
c) pemerhatian
d) eksperimen


24. Menurut perspektif Islam, manusia
i) mempunyai nasib sendiri
ii) mempunyai 2 musuh utama sejak lahir
iii) dilahirkan semulajadi berdosa
iv) bersifat gelisah dan tergesa-gesa
a) i, ii & iii
b) ii, iii & iv
c) i, ii & iv
d) i, iii & iv

25. Pusingan hidup manusia ibarat______________.
a) bulat seperti bulan
b) bulan sabit
c) segitiga dimana setiap dibawah mesti ada ketuanya
d) pusingan roda

26. Menurut perspektif daripada Al-Quran & As-Sunnah, peringkat kejadian manusia mengikut susunan adalah seperti berikut:
i) Lahman
ii) Nutfah
iii)Idzam
iv) Alaqah
v) Mudghah
a) iv, iii, ii ,i, v
b) ii, iv, v, iii, i
c) i, ii, iii, iv, v
d) ii, iii, iv, v, i

27. ”Daripada berjuta-juta sperma lelaki, hanya satu sperma terkuat sahaja yang akan dapat memasuki ovum wanita.” Proses ini dikenali sebagai___________________.
a) survival of the fittest
b) fittest of the suvival
c) the survive fetus
d) fetus that last survive

28. Berdasarkan perspektif Islam, pada peringkat proses yang manakah dikatakan rupa manusia telah terbentuk di dalam rahim wanita?
a) Nutfah
b) Idzam
c) Alaqah
d) Lahman

Soalan Subjektif
1. Menurut Al-Quran, dalam surah Az-Zumah ayat:6 “kejadian di dalam rahim ibu berlaku dalam 3 kegelapan.””3 kegelapan” merujuk kepada___________, _______________, dan______________.

2. Mengapakah perkembangan manusia diibaratkan sebagai bulan sabit?
___________________________________________________________ ___________________________________________________________

3. Jelaskan secara ringkas kejadian manusia mengikut pendapat barat(Teori Darwin).
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________


Jawapan:
Soalan Objektif

1. c 15. d
2. d 16. b
3. b 17. d
4. d 18. a
5. c 19. a
6. b 20. c
7. a 21. d
8. d 22. d
9. a 23. a
10. c 24. c
11. b 25. b
12. b 26. b
13. b 27. a
14. b 28. d

Soalan Subjektif

1. dinding uterus, dinding anterior abdomen, dinding amniochorionic

2. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit kerana sifatnya yang lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan akhirnya dengan kematian.

3. Teori evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi iaitu manusia. Manusia Trinil bentuknya adalah gabungan manusia dan kera yang disebut PITHECANTROPUS ERECTUE (pithecus bermaksud kera, antrophus bermaksud manusia dan erectus bermaksud berdiri.) Jelas di sini, makhluk berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia namun otaknya jenis kera kurang dari 1000cc. Fosil tersebut ditemui pada tahun 1891 dan melengkapkan lagi Teori Darwin bahawa manusia berhasil dari proses evolusi.

Friday, March 23, 2007

Falsafah Kejadian Manusia Mengikut Pandangan Barat


Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :
semulajadi berdosa, tabula rasa dan “innate goodness”
Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada dosa tersebut.
Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti “Blank blanket” keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep “innate goodness”. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

Kejadian Manusia berdasarkan sumber Al-Quran





Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of the Foetus”.
Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”
Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus. Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.

“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”
Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.” Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”
Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”
Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.

Sunday, March 11, 2007

Kejadian manusia mengikut Barat






Teori Darwin
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

Kejadian manusia mengikut Islam




ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI ATAS MUKA BUMI

Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA
• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.
• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.