Sunday, April 1, 2007

Uji Minda

Soalan Objektif

1. Menurut Teori Darwin, manusia wujud disebabkan proses____________.
a) persenyawaan
b) adaptasi
c) evolusi
d) literasi

2. Gabungan manusia dengan kera disebut sebagai
a) Antrophus erectus
b) Pithecus erectus
c) Cantrophus Pithecus
d) Pithecantrophus erectus

3. Manusia pada hasil penemuan Darwin, otaknya sebesar__________.
a) 500cc
b) 1000cc
c) 1500cc
d) 2000cc

4. Falsafah kejadian manusia mengikut pandangan barat berasaskan konsep___________.
a) semulajadi berdosa
b) innate goodness
c) tabula rasa
d) semua di atas

5.Konsep "innate goodness" ialah
a) kanak-kanak dilahir berdosa dan kejahatan.
b) kank-kank dilahir dengan mempunyai keperibadian tersendiri.
c) kanak-kanak dilahir dengan keadaan sedia baik.
d) kanak-kanak dilahir lalu memerlukan asuhan ibubapa.

6. Siapakah yang memperkenalkan konsep tabula rasa?
a) Eric H. Erickson
b) John Locke
c) Jean-Jacques Rousseau
d) Hobbes

7. Pada tahun berapakah fosil manusia kera dijumpai?
a) 1891
b) 1986
c) 1781
d) 1890

8. Menurut John Locke, kanak-kanak diibaratkan seperti_______________keperibadian terbentuk daripada pengalaman.
a) white cloth
b) white attitude
c) blank basket
d) blank blanket

9. Tulang-temulang di dalam rahim dikenali sebagai________________.
a) mudghah
b) alaqah
c) idzam
d) lahman

10. Alaqah merujuk kepada______________.
a) tulang- belulang
b) sepotong daging
c) bentuk embrio
d) permulaan pembentukan tulang

11. Selaras dengan perkembangan embriologi, mulanya tulang membentuk tulang rawan dan kemudian otot. Iannya terbentuk melalui____________________.
a) somites
b) mosoderma somatic
c) cartilage
d) fetus

12.Anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibubapa terserah kepada mereka untuk menentukan identiti anaknya.Teori ini adalah menurut Islam. Perkara ini merujuk persamaan dari segi teori barat__________________.
a) semulajadi berdosa
b) blank blanket
c) peranan ibubapa
d) innate goodness

13. Adam merupakan manusia ciptaan yang pertama dan dijadikan dari sari pati tanah. Manakala Hawa, wanita pertama yang dicipta daripada_______________.
a) tanah
b) tulang rusuk kiri Adam
c) tulang rusuk kanan Adam
d) percantuman sperma dan ovum

14. Makna perkataan khalifah merujuk kepada________________.
a) pengikut
b) pemimpin
c) jujur
d) pemerintah

15. Manusia terbentuk daripada unsur-unsur___________________.
a) mind
b) spiritual
c) body
d) semua di atas

16. Embrio terbentuk secara berperingkat yang dikenali sebagai "___ kegelapan" dalam surah Az-Zumah ayat 6.
a) 1
b) 3
c) 5
d) 7

17. Pada hari ke7 hingga hari ke24, bentuk embrio akan bergantung pada______________ macam seekor pacat.
a) dinding amniochorionic
b) uterus
c) dinding abdomen
d) edometrium uterus

18. Embrio manusia pada minggu ke___ akan kelihatan seperti kunyahan disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi.
a) 4
b) 5
c) 6
d) 7

19. Kelebihan manusia berbanding haiwan lain ialah manusia mempunyai_____________.
a) kemampuan berfikir dengan akal
b) kemampuan menggunakan otak
c) kemampuan meluahkan perasaan
d) kamampuan bercakap

20. Berikut adalah falsafah kejadian manusia mengikut al-Quran kecuali?
a) manusia adalah sebaik-baik kejadian.
b) setiap manusia diadili dan akan menerima pembalasan di akhirat.
c) manusia mengalami perubahan evolusi dari binatang iaitu kera.
d) manusia mempunyai nasib tersendiri.

21. 2 musuh utama manusia ialah____________dan_____________.
i) makanan
ii) binatang
iii) syaitan
iv)hawa nafsu

a) i & ii
b) ii & iii
c) i & iv
d) iii & iv

22. Isu yang berkaitan dengan jangka hayat manusia ialah________________________.
i) kesihatan dan kesejahteraan
ii) umur dan rupa
iii) pendidikan dan keibubapaan
iv) persekitaran sosio budaya dan posisi sosial

a) i,ii & iii
b) ii, iii & iv
c) i, ii & iv
d) i, iii & iv

23. John Locke menyatakan kank-kanak seperti kain putih. Keperibadian anak yang dilahirkan itu terbentuk daripada______________.
a) pengalaman
b) pembelajaran
c) pemerhatian
d) eksperimen


24. Menurut perspektif Islam, manusia
i) mempunyai nasib sendiri
ii) mempunyai 2 musuh utama sejak lahir
iii) dilahirkan semulajadi berdosa
iv) bersifat gelisah dan tergesa-gesa
a) i, ii & iii
b) ii, iii & iv
c) i, ii & iv
d) i, iii & iv

25. Pusingan hidup manusia ibarat______________.
a) bulat seperti bulan
b) bulan sabit
c) segitiga dimana setiap dibawah mesti ada ketuanya
d) pusingan roda

26. Menurut perspektif daripada Al-Quran & As-Sunnah, peringkat kejadian manusia mengikut susunan adalah seperti berikut:
i) Lahman
ii) Nutfah
iii)Idzam
iv) Alaqah
v) Mudghah
a) iv, iii, ii ,i, v
b) ii, iv, v, iii, i
c) i, ii, iii, iv, v
d) ii, iii, iv, v, i

27. ”Daripada berjuta-juta sperma lelaki, hanya satu sperma terkuat sahaja yang akan dapat memasuki ovum wanita.” Proses ini dikenali sebagai___________________.
a) survival of the fittest
b) fittest of the suvival
c) the survive fetus
d) fetus that last survive

28. Berdasarkan perspektif Islam, pada peringkat proses yang manakah dikatakan rupa manusia telah terbentuk di dalam rahim wanita?
a) Nutfah
b) Idzam
c) Alaqah
d) Lahman

Soalan Subjektif
1. Menurut Al-Quran, dalam surah Az-Zumah ayat:6 “kejadian di dalam rahim ibu berlaku dalam 3 kegelapan.””3 kegelapan” merujuk kepada___________, _______________, dan______________.

2. Mengapakah perkembangan manusia diibaratkan sebagai bulan sabit?
___________________________________________________________ ___________________________________________________________

3. Jelaskan secara ringkas kejadian manusia mengikut pendapat barat(Teori Darwin).
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________


Jawapan:
Soalan Objektif

1. c 15. d
2. d 16. b
3. b 17. d
4. d 18. a
5. c 19. a
6. b 20. c
7. a 21. d
8. d 22. d
9. a 23. a
10. c 24. c
11. b 25. b
12. b 26. b
13. b 27. a
14. b 28. d

Soalan Subjektif

1. dinding uterus, dinding anterior abdomen, dinding amniochorionic

2. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit kerana sifatnya yang lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan akhirnya dengan kematian.

3. Teori evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi iaitu manusia. Manusia Trinil bentuknya adalah gabungan manusia dan kera yang disebut PITHECANTROPUS ERECTUE (pithecus bermaksud kera, antrophus bermaksud manusia dan erectus bermaksud berdiri.) Jelas di sini, makhluk berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia namun otaknya jenis kera kurang dari 1000cc. Fosil tersebut ditemui pada tahun 1891 dan melengkapkan lagi Teori Darwin bahawa manusia berhasil dari proses evolusi.

1 comment:

Fitrahtech Medicina Alternativa Products said...

Kewujudan berasaskan tenaga gelombang iaitu E=O bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud " TIADA DAYA DAN UPAYA KECUALI TENAGA DARI ALLAH YANG MAHA BESAR ".Sila rujuk sains fizik berkaitan tenaga berasaskan jisim dan tenaga berasskan gelombang.Fizik merupakan kajian sains terhadap fenomena alam semulaja.Manusia merupakan fitrah dan alam semulajadi.Teori Albert Einsteins dan Max Plank bicara tentang tenaga membuktikan ujudnya kuasa mutlak yang maha Bertenaga
dinamik iaitu Allah SWT.Letupan Perdana atau Big Bang Theory merupakan ledakan tenaga yang dilepasakan oleh Allah bagi kejadian langit dan bumi serta cekerawala.Bagi menjawab komentar yang mengatakan mana mungkin kesan letupan bisa menyusun atur alam kerana letupan akan menghancurkan.Nah!inilah pembuktian kewujudan Allah yang mengawal letupan ala-fusion sebagaimana api yang tidak membakar Nabi Ibrahim alaihissalam lantaran dikawal secara intelektual olah yang punya tenaga iaitu Allah SWT.Menafikan teori barat yang mendakwa kejadian dunia berdasarkan " Accidentally ",Wallah waalam.